Seller Registration T&C

Kriteria Pemilihan Usahawan

1.     Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun. 

2.     Merupakan anggota CMASA atau individu yang berpotensi/ bakal memanfaatkan perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan perniagaan.

3.     Mempunyai komitmen, personaliti yang baik dan semangat kebersamaan yang tinggi terhadap program/skim/aktiviti anjuran YaPEIM.

4.     Mempunyai keupayaan modal dan kemampuan untuk membekal produk yang diperlukan secara konsisten dan menepati masa.

5.     Berdaftar di bawah Suruhanjaya  Syarikat Malaysia (SSM)

6.     Menyediakan profail syarikat dengan meletakkan gambar usahawan, produk, tempat perniagaan beserta sebut harga produk. 

7.     Mempunyai strategi pemasaran yang berpotensi dan mengikut trend semasa.

8.     Mempunyai lesen perniagaan yang diiktiraf dan memenuhi peraturan/pematuhan syariah yang ditetapkan oleh YaPEIM dan keperluan undang-undang Negara.

9.     Mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi bagi meningkatkan pembangunan sosioekonomi terhadap masyarakat setempat dan Negara.

10.  Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh YaPEIM dari semasa ke semasa.


Kriteria Pemilihan Produk

1.     Proses penghasilan produk adalah bersih dan selamat. 

2.     Produk mempunyai potensi dipasarkan secara atas talian dan mendapat permintaan tinggi.

3.     Produk mendapat pengesahan daripada pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – bagi menjamin produk selamat untuk dimakan / digunakan.

4.     Mendapat pengiktirafan Halal JAKIM dan lain-lain pengiktirafan (jika ada).

5.     Jenama produk yang sesuai dan tiada unsur provokasi / kontroversi.

6.     Mempunyai keunikan – alternatif kepada produk berjenama  sedia ada.

7.     Produk mempunyai tarikh luput dan barcode.

8.     Pembungkusan dan pelabelan adalah sesuai untuk dipasarkan – tidak mudah pecah / rosak

9.     Produk adalah sesuai untuk dipasarkan secara atas talian.

10. Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh YaPEIM/YEC dari semasa ke semasa.

 


Perakuan Pemohon

1.     Saya/ kami mengaku semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

2.     Saya / kami bersetuju bahawa suatu perjanjian akan dibuat di antara Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan(YEC) dan pembekal berdasarkan kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

3.     Saya / Kami bersetuju berurusan dengan Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM (YEC) untuk produk dipasarkan ke www.cmasa.my/ Pasar Raya YaPEIM/ Pasaran Terbuka.

4.     Saya / Kami bersetuju produk yang dipamerkan di CMASA.my akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan menepati kriteria yang telah ditetapkan.

5.     Saya / Kami bersetuju untuk memberi komitment untuk menyediakan dan membuat penghantaran produk dalam jangkasama yang telah ditetapkan.

6.     Saya / Kami bersetuju akan menanggung segala kos bagi kesalahan / kecuaian / kerosakkan produk yang telah dihantar kepada pelanggan.

-        Hantar barang salah atau rosak

-        Tidak mempunyai stok yang mencukupi

-        Salah saiz/warna disebabkan kecuaian vendor

7.     Saya / Kami bersetuju akan membayar komisyen/caj yang dikenakan seperti di bawah :

 

KOMISYEN

SST

8-11%

0%

 

8.     Saya / kami bersetuju untuk memberi maklumbalas bagi sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pelanggan dalam tempoh 24 jam. 

9.     Saya / kami bersetuju jika pihak YEC membuat pembayaran produk yang dijual dibayar secara online / bank- in ke akaun bank kami (14 hari bekerja).

10.  Saya / kami bersetuju jika produk kami dibawa ke pameran/karnival untuk tujuan promosi.

11.  Saya / Kami dengan ini bersetuju pihak tuan berhak mengambil tindakan sewajarnya jika didapati pihak kami tidak mematuhi syarat-syarat yang diberikan.