About Us

Pengenalan
CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui YaPEIM Entrepreneur Centre (YEC) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). CMASA diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.



Objektif
Memberi dan membuka peluang perniagaan secara atas talian (online) kepada pelbagai pihak yang berminat dan usahawan-usahawan CMASA) dengan menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Menyediakan platform kepada masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diyakini serta berkualiti.